Dalam islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah
organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak
ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Firman Allah
swt :
يدَاوُودُ إِنَّا
جَعَلْنَـكَ خَلِيفَةً فِى الاٌّرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ
تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ
عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدُ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ الْحِسَابِ
Bermaksud, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu
(penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia
dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan
menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari
jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari
perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)
Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti dilaksanakan
untuk memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara
ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar
Al Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai Abu
Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak
menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat
nanti.." (maksud Hadis).
Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah SAW, tindakan utama yang dilakukan oleh beliau sebelum menguruskan jenazah baginda SAW ialah bermesyuarat untuk memilih Khalifah sebagai pengganti Rasulullah SAW.
PENGERTIAN
KEPIMPINAN
Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia,pengaruh, daya
tindakan serta penghalangnya kearah matlamat yang tertentu dengan cara yang
boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Hakikatnya kepimpinan
dalam islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan
kebaikan dan prosses pembersihan sesebuah organisasi. Sebagaimana firman Allah
swt :
فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ
يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ
فِى أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Bermaksud, “maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak
beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka
terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”(
Surah an-Nisaa’ ayat 65.)
Nabi s.a.w. memerintahkan kepimpinan walau di dalam kumpulan yang
sedikit jumlahnya. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
الْخُدْرِيِّأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَإِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُم
Maksudnya, “ jika tiga orang keluar dalam satu perjalanan,
maka hendaklah mereka memilih salah satu diantaranya sebagai pemimpin. (HR.Abu
Daud).
GELARAN PEMIMPIN
1. Al-Khalifah
2. Waliyul’amr
3. Al Imam
4. Al Sultan
5. Al Malik
6. Amirul
Mukminin