Pembukaan pencalonan

Pembukaan pencalonan

PERATURAN PENCALONAN


PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2013

A.      PIHAK SPR PMRAM MEMBUKA PENCALONAN TERSEBUT KEPADA TIGA (3) KATEGORI  :-

i.         Pencalonan Presiden
-       Kepada sesiapa yang bertanding jawatan ini mestilah mengisi borang A yang disediakan.

ii.       Pencalonan bagi Badan Pengurus
-       Pencalonan ini terbuka kepada semua ahli PMRAM siswa sahaja dengan mengisi BORANG B yang disediakan.

iii.      Pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI
-       Pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli PMRAM siswi sahaja dengan mengisi BORANG C yang disediakan.

B.       SYARAT-SYARAT PENCALONAN :-

1. Setiap calon mestilah terdiri daripada ahli tetap PMRAM yang telah matang tempoh keahliannya sekurang kurangnya 6 bulan untuk jawatan Presiden, Badan Pengurus, dan AJKT HEWI PMRAM.

2. Setiap pencadang dan penyokong mestilah dikalangan ahli PMRAM.

3. Setiap pencalonan mestilah mengisi borang yang disediakan dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.

4. Setiap pencalonan mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh SPR PMRAM.

5. Pegawai SPR PMRAM tidak boleh dicalonkan untuk bertanding

6. Setiap calon mestilah berada di Mesir semasa pencalonan dibuat kecuali dengan sebab-sebab yang
munasabah dengan keizinan bertulis kepada Pengarah SPR PMRAM 2013.

7. Borang pencalonan mestilah bercop rasmi PMRAM.

8.Setiap pencalonan mestilah disertakan dua keping gambar terkini berukuran pasport dan satu salinan
pasport.

9. Tarikh buka pencalonan bermula pada 17 Disember 2013 dan berakhir pada 19 Disember 2013.

10. Sebarang kelewatan penyerahan borang atau kesilapan semasa mengisinya bererti pencalonan akan
sendirinya tertolak.

11. Setiap calon hanya dibenarkan bertanding untuk satu jawatan sahaja.

12. Setiap calon hendaklah menjelaskan yuran tahunan PMRAM bagi sesi 2013.

13. Setiap borang pencalonan dijual dengan ketetapan berikut :-  

-     BORANG A    : LE 30.00
-     BORANG B     : LE 25.00
-     BORANG C     : LE 25.00.

14. Setiap individu hanya dibenarkan sekali sahaja menjadi pencadang atau penyokong.

15. Setiap calon, pencadang, dan penyokong hendaklah hadir ketika penyerahan borang.

16. Sebarang permasalahan mestilah dirujuk kepada SPR PMRAM 2013.    
  



" BERSIH, TELUS, AMANAH "