Pembukaan pencalonan

Pembukaan pencalonan

KEPUTUSAN PILIHANRAYA PRESIDEN PMRAM 2014


Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013 telah mengadakan Pilihanraya Presiden PMRAM 2014 pada 19 & 20 Mac 2014 bertempat di Surau Asrama Rumah Terengganu Hayyu Asyir. Setelah selesai tempoh pengundian bagi pemilihan calon Presiden PMRAM 2014, dengan ini pihak SPR PMRAM 2013 mengumumkan keputusan Pilihanraya Presiden PMRAM 2014 seperti berikut :

Calon pertama  yang memegang Kod Calon 01 saudara Hanifulfuad bin Hussin memperolehi undian sebanyak 563 undian. Manakala calon kedua yang memegang Kod Calon 02 saudara Ahmad bin Ja'afar memperolehi undian sebanyak 323 undian.

Dengan ini Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013 mengumumkan pemenang bagi kerusi Presiden PMRAM 2014 dimenangi oleh saudara Hanifulfuad bin Hussin dengan majoriti sebanyak 240 undi. Sehubungan itu, pihak SPR PMRAM 2013 mengucapkan tahniah dan takziah kepada Presiden PMRAM 2014 kerana telah memenangi pilihanraya ini. Segala keputusan SPR PMRAM 2013 adalah muktamad. 

Sekian, terima kasih.


Subki bin Zakaria 
Pengarah SPR PMRAM 2013



"BERSIH, TELUS, AMANAH" 

Disediakan oleh :
SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2013

This entry was posted on Thursday, 20 March 2014. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.