Pembukaan pencalonan

Pembukaan pencalonan

PENGUMUMAN TARIKH BERKEMPEN DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN




Pihak SPR PMRAM 2013 mengumumkan bahawa tarikh kempen untuk Calon Presiden PMRAM 2014 bermula pada 8 MAC 2014 sehingga 17 MAC 2014. Berikut merupakan syarat-syarat berkempen.



Syarat-syarat kempen :- 

1. Tidak dibenarkan sama sekali :

i. Menggunakan sentimen kenegerian dalam kempen yang dijalankan. 
ii. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau poster. 
iii. Membeli undi dengan membuat apa-apa sogokan. 
iv. Menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan dikalangan mahasiswa dan mahasiswi. 
v. Menggunakan nama-nama pertubuhan, logo atau lambang parti politik di Mesir. 
vi. Menggunakan sebarang logo atau perkara yang melambangkan parti politik yang dikenali di 
Malaysia. 
vii. Menyentuh peribadi mana-mana calon yang bertanding 

2. Mestilah mematuhi sebarang ketetapan yang telah dan akan ditetapkan oleh pihak SPR PMRAM.

3. Kempen hanya dibenarkan selepas SPR mengumumkan calon yang akan bertanding.

4. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada calon yang melanggari syarat-syarat kempen yang telah 
ditetapkan tidak melebihi 3 kali kesalahan. Sekiranya melebihi 3 kali kesalahan pihak SPR berhak 
membatalkan pencalonan. 


5. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak SPR adalah muktamad. 










Disediakan oleh,
Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR )
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )
2013

This entry was posted on Friday, 7 March 2014. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.