Pembukaan pencalonan

Pembukaan pencalonan

Archive for December 2013

PENGUMUMAN RASMI BADAN PENGURUS & AJKT HEWI PMRAM 2014

Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( SPR PMRAM ) 2013 pada tahun ini telah mengadakan proses pencalonan kepimpinan Badan Pengurus & Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
bagi sesi 2014 pada 17-19 Disember 2013. Sehubungan dengan itu, pihak SPR PMRAM 2013 telah menerima 11 borang pencalonan Badan Pengurus yang terdiri daripada 2 borang Presiden dan 9 borang Badan Pengurus. Manakala bagi pencalonan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (AJKT HEWI), pihak SPR PMRAM 2013 telah menerima 10 borang sepanjang hari pencalonan tersebut. Oleh yang sedemikian, pihak SPR PMRAM 2013 juga telah mengadakan hari bantahan calon pada 22 Disember 2013 di Bilik Operasi SPR. Setelah berakhirnya tempoh bantahan tersebut, pihak SPR PMRAM 2013 tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana individu terhadap calon-calon Badan Pengurus & AJKT HEWI PMRAM 2014.  


Sehubungan dengan itu, pihak SPR PMRAM 2013 dengan ini mengumumkan keputusan rasmi pencalonan kepimpinan Badan Pengurus & AJKT HEWI PMRAM 2014 seperti berikut :- 

Calon Presiden : berlaku pertandingan
Calon Badan Pengurus : menang tanpa bertanding
Calon AJKT HEWI : menang tanpa bertanding 







PERHATIAN : Pihak SPR PMRAM 2013 pada kali ini akan mengadakan hari pengundian bagi jawatan Presiden untuk memilih seorang sahaja Presiden PMRAM 2014. Maklumat rasmi hari pengundian akan dimaklumkan oleh SPR PMRAM 2013 pada masa akan datang. 


Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:- 
Pengarah SPR PMRAM 2013, saudara Subki bin Zakaria : +201122941495
Timb. Pengarah SPR PMRAM 2013, saudari Sahilah binti Md Isa : +20114-2367079


Disediakan oleh,
Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR )
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )
2013

Bantahan pencalonan kini dibuka



BANTAHAN PENCALONAN KINI DIBUKA

1.   Sepanjang tempoh pencalonan dibuka, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagi sesi 2013 telah menerima 2 pencalonan untuk   Presiden, 9 pencalonan Badan Pengurus dan 10 pencalonan AJKT HEWI PMRAM 2013.

2.   Dengan ini pihak SPR PMRAM 2013 mengumumkan tarikh BANTAHAN PENCALONAN bagi pemilihan kali ini ialah pada :

22 DISEMBER 2013 (AHAD)
BERMULA JAM 1:00 PETANG HINGGA 4:00 PETANG


Bertempat di Bilik Gerakan SPR PMRAM 2013 :
·       SISWA : MAKTABAH, WISMA KELANTAN SULTAN 
                    MUHAMMAD V, H7. KAHERAH
·       SISWI  : SURAU, RUMAH PULAU PINANG, H7. KAHERAH


Syarat-syarat bantahan :-

1.   Bantahan terhadap seseorang calon boleh dilakukan jika calon tersebut melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat pencalonan.
2.   Setiap individu yang ingin membuat bantahan terhadap calon perlulah membawa bersamanya saksi serta bukti untuk mengisi borang bantahan di hadapan pegawai SPR.
3.   Borang bantahan boleh didapati di bilik operasi SPR dengan harga LE 50.00.
4.   Bantahan mestilah dibuat pada hari dan waktu yang ditetapkan.
5.   Setiap ahli yang ingin membuat bantahan hendaklah menjelaskan yuran keahlian PMRAM sesi 2013.
6.   Setiap bantahan dilarang sama sekali menyentuh hal peribadi calon.
7.   Borang yang tidak lengkap diisi tidak akan diterima.
8.   Sebarang keputusan daripada SPR adalah muktamad.



Sebarang permasalahan boleh terus menghubungi :
         Pengarah SPR PMRAM 2013: Saudara Subki bin Zakaria                                                 (+201122941495)
  Timb. Pengarah SPR PMRAM 2013:Saudari Sahilah bt Mad Isa                                               (+20114-2367079)


MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI : http://spr.pmram.org



“BERSIH, TELUS, AMANAH”


Disediakan oleh ;
Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013

CALON BADAN PENGURUS & AJKT HEWI PMRAM 2014


MAKLUMAN
UNTUK SELURUH AHLI PMRAM

CALON KEPIMPINAN
BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM 2014

Sepanjang tempoh pencalonan nama bagi Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2014, pihak SPR PMRAM 2013 telah menerima pencalonan nama seperti berikut :















PERHATIAN : Senarai rasmi Badan Pengurus & AJKT HEWI PMRAM 2014 akan diumumkan secara rasminya selepas hari bantahan calon. Maklumat terperinci bagi hari bantahan calon akan dimaklumkan nanti oleh pihak SPR PMRAM 2013. 


Sebarang permasalahan boleh terus menghubungi Pengarah SPR PMRAM 2013, saudara Subki bin Zakaria, ditalian +201122941495 atau Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2013, saudari Sahilah binti Md Isa, ditalian +201113265921.



MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI :



“BERSIH, TELUS, AMANAH”





Disediakan oleh ;
Suruhanraya Pilihanraya PMRAM 2013

PERINGATAN PENTING KEPADA AHLI PMRAM

Pengarah SPR PMRAM 2013


Dimaklumkan bahawasanya hari ini Khamis, 19 Disember 2013 adalah merupakan hari terakhir pencalonan kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2014. Sehubungan dengan itu tarikh tersebut merupakan hari terakhir bagi pengambilan dan penyerahan borang pencalonan. Pihak SPR PMRAM 2013 dengan ini berharap agar semua pihak dapat mengambil perhatian berkaitan makluman penting ini. Bilik Operasi SPR PMRAM 2013 akan mula operasi seperti biasa iaitu pada jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Oleh yang sedemikian, pihak SPR PMRAM 2013 menegaskan bahawa setiap borang pencalonan mestilah diserahkan di Bilik Operasi SPR PMRAM 2013 pada 19 Disember 2013  sebelum jam 4.00 petang. Sekiranya calon, pencadang dan penyokong lewat menghantar borang pencalonan, maka pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013 berhak menolak permohonan pencalonan tersebut berdasarkan Peraturan Umum SPR PMRAM 2013 sepertimana yang telah dilampirkan bersama borang pencalonan. Segala kerjasama daripada semua pihak amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.





BERSIH, TELUS, AMANAH




Disediakan oleh :
Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013

CONTOH KESALAHAN MENGISI BORANG

Perhatian kepada calon, pencadang dan penyokong yang ingin mengisi borang pencalonan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2014, anda dinasihati untuk mengisi borang pencalonan tersebut mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013. Berikut merupakan contoh kesalahan mengisi borang pencalonan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2014.



(a) Contoh kesalahan mengisi borang calon




(b) Contoh kesalahan mengisi borang pencadang dan penyokong




Disediakan oleh :
Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013


PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2013

A.  Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM telah menetapkan penamaan calon bagi pemilihan kali ini bermula daripada tarikh 17 hingga 19 Disember 2013, dari jam 1 petang hingga 4 petang.

B.     Pihak SPR PMRAM membuka pencalonan tersebut kepada tiga (3) bentuk:-
i.      Pencalonan Presiden 
-       Kepada sesiapa yang bertanding jawatan ini mestilah mengisi borang A yang disediakan*.

ii.     Pencalonan bagi Badan Pengurus
-    Pencalonan ini terbuka kepada semua ahli PMRAM sahaja dengan mengisi BORANG B yang disediakan*.

iii.    Pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI
-    Pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli PMRAM siswi sahaja dengan mengisi BORANG C yang disediakan*.

*Sebarang kelewatan penyerahan borang atau kesilapan semasa mengisinya bererti pencalonan akan sendirinya tertolak.

C.    Syarat-syarat pencalonan :-

1.       Setiap calon mestilah terdiri daripada ahli tetap PMRAM yang telah matang tempoh keahliannya sekurang-kurangnya 6 bulan untuk jawatan Presiden, Badan Pengurus, dan AJKT HEWI PMRAM.
2.         Setiap pencadang dan penyokong mestilah dikalangan ahli PMRAM.
3.       Setiap pencalonan mestilah mengisi borang yang disediakan dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
4.       Setiap pencalonan mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh SPR PMRAM.
5.       AJK SPR PMRAM tidak boleh dicalonkan untuk bertanding.
6.  Setiap calon mestilah berada di Mesir semasa pencalonan dibuat kecuali dengan sebab-sebab yang munasabah dengan keizinan bertulis kepada Pengarah SPR PMRAM 2013.
7.       Borang pencalonan mestilah bercop rasmi PMRAM.
8.      Setiap pencalonan mestilah berserta dua keping gambar berukuran pasport dan satu salinan pasport dan visa terkini.
9.       Tarikh pencalonan adalah pada 17 hingga 19 Disember 2013.
10.     Tarikh tutup pencalonan adalah pada 19 Disember 2013.
11.     Pencalonan ditolak setelah tamat waktu yang telah ditetapkan.
12.     Setiap calon hanyalah dibenarkan bertanding untuk satu jawatan sahaja.
13.     Setiap calon hendaklah menjelaskan Yuran tahunan PMRAM bagi sesi 2013.
14.     Setiap borang pencalonan dijual dengan ketetapan berikut:-  
-     BORANG A   : LE 30.00
-     BORANG B  : LE 25.00
-     BORANG C  : LE 25.00
15.  Setiap individu hanya dibenarkan sekali sahaja menjadi pencadang dan penyokong untuk calon yang berlainan.
16.     Setiap calon, pencadang, dan penyokong hendaklah hadir ketika penyerahan borang.
17.     Sebarang permasalahan mestilah dirujuk kepada SPR PMRAM.

"BERSIH, TELUS,AMANAH "



Disediakan oleh :
Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013

SENARAI SEMAK BORANG PENCALONAN BADAN PENGURUS DAN AJKT HEWI PMRAM 2014

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013 telah menetapkan  beberapa senarai semak sebelum menghantar borang bagi pencalonan Badan Pengurus  dan  AJKT HEWI PMRAM 2014.





SENARAI SEMAK


BIL

PERKARA
KUANTITI
CATATAN
1

Borang pencalonan
2

2

Gambar berukuran pasport
2

3

Salinan passport muka hadapan
1

4

Salinan visa terkini
1

5

Bukti pembayaran yuran tahunan PMRAM
1



*Borang yang diisi pastikan bercop PMRAM.





"BERSIH, TELUS, AMANAH"



Disediakan oleh :
Suruhanjaya Pilihanraya
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2013

PANDUAN MENGISI BORANG PENCALONAN



Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( SPR PMRAM ) 2013 dengan ini menetapkan beberapa panduan untuk mengisi borang pencalonan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2014. Maklumat panduan mengisi borang pencalonan tersebut seperti berikut :-


1. Sila baca borang pencalonan dengan teliti dan isi dengan lengkap serta jelas.

2. Gunakan  HURUF BESAR dan HURUF CERAI dengan pen berdakwat HITAM sahaja.

3. Penuhkan segala maklumat yang dikehendaki dan kepilkan segala dokumen yang diminta.

4. Pastikan segala maklumat yang dikemukakan adalah benar dan tepat seperti yang dikehendaki. 

5. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.


6.  Sebarang permasalahan sila rujuk Pengarah SPR.




CONTOH MENGISI BORANG CALON






CONTOH MENGISI BORANG PENCADANG DAN PENYOKONG





"BERSIH, TELUS, AMANAH"


DISEDIAKAN OLEH ;
Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013

Tarikh Pencalonan Bermula


16 Disember 2013, KAHERAH : Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013 dengan ini mengumumakan 17 Disember 2013 hingga 19 Disember 2013 sebagai tarikh pencalonan bagi pemilihan Badan Pengurus (BP) dan AJKT Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM bagi sesi pentadbiran 2014.

Borang pencalonan boleh dibeli di Wisma Sultan Muhammad-V (Wisma Kelantan) bagi pelajar siswa dan Rumah Pulau Pinang Kaherah bagi pelajar siswi. Waktu operasi bermula jam 01.00 - 04.00 petang.


Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi Pengarah SPR PMRAM 2013 : Subki Bin Zakaria, ditalian +2011-2294 1495 Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2013 : Saudari Sahilah Binti Mat Isa, ditalian +2011-1326 5921.

PEKELILING SPR PMRAM 2013


PEMILIHAN 2014 : SPR PMRAM MULA BEROPERASI

SPR PMRAM 2013 : Operasi Bermula

Kaherah, 10 Disember 2013 - Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2013 (SPR PMRAM 2013) hari ini setelah bermesyuarat, dengan ini mengumumkan bahawasanya, operasi SPR PMRAM 2013 bagi memilih kepimpinan Badan Pengurus PMRAM (BP PMRAM) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) bagi sesi 2014 telah berkuatkuasa hari ini.


Subki Bin Zakaria


Pengarahnya, Saudara Subki Bin Zakaria berkata, tarikh berkuatkuasanya operasi SPR PMRAM adalah bermula pada 9 Disember 2013 setelah selesai bermesyuarat buat kali yang pertama petang semalam. Beliau berkata lagi, untuk tarikh pembukaan bagi memilih pencalonan Presiden, Badan Pengurus dan HEWI PMRAM akan dimaklumkan tidak lama lagi. 

Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi Pengarah SPR PMRAM 2013, Saudara Subki Bin Zakaria, ditalian +2011-2294 1495 atau Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2013, Saudari Sahilah Binti Mat Isa, ditalian +2011-1326 5921.

"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

Muhammad Al-Amin Bin Hj. Salleh
Setiausaha Agung,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013

Link web pmram :
http://pmram.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2436%3Aspr-pmram-2013-operasi-bermula&catid=56%3Apengumuman&Itemid=413