Pembukaan pencalonan

Pembukaan pencalonan

PERINGATAN PENTING KEPADA AHLI PMRAM

Pengarah SPR PMRAM 2013


Dimaklumkan bahawasanya hari ini Khamis, 19 Disember 2013 adalah merupakan hari terakhir pencalonan kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2014. Sehubungan dengan itu tarikh tersebut merupakan hari terakhir bagi pengambilan dan penyerahan borang pencalonan. Pihak SPR PMRAM 2013 dengan ini berharap agar semua pihak dapat mengambil perhatian berkaitan makluman penting ini. Bilik Operasi SPR PMRAM 2013 akan mula operasi seperti biasa iaitu pada jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Oleh yang sedemikian, pihak SPR PMRAM 2013 menegaskan bahawa setiap borang pencalonan mestilah diserahkan di Bilik Operasi SPR PMRAM 2013 pada 19 Disember 2013  sebelum jam 4.00 petang. Sekiranya calon, pencadang dan penyokong lewat menghantar borang pencalonan, maka pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013 berhak menolak permohonan pencalonan tersebut berdasarkan Peraturan Umum SPR PMRAM 2013 sepertimana yang telah dilampirkan bersama borang pencalonan. Segala kerjasama daripada semua pihak amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.





BERSIH, TELUS, AMANAH




Disediakan oleh :
Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013

This entry was posted on Thursday 19 December 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.