Pembukaan pencalonan

Pembukaan pencalonan

PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2013

A.  Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM telah menetapkan penamaan calon bagi pemilihan kali ini bermula daripada tarikh 17 hingga 19 Disember 2013, dari jam 1 petang hingga 4 petang.

B.     Pihak SPR PMRAM membuka pencalonan tersebut kepada tiga (3) bentuk:-
i.      Pencalonan Presiden 
-       Kepada sesiapa yang bertanding jawatan ini mestilah mengisi borang A yang disediakan*.

ii.     Pencalonan bagi Badan Pengurus
-    Pencalonan ini terbuka kepada semua ahli PMRAM sahaja dengan mengisi BORANG B yang disediakan*.

iii.    Pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI
-    Pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli PMRAM siswi sahaja dengan mengisi BORANG C yang disediakan*.

*Sebarang kelewatan penyerahan borang atau kesilapan semasa mengisinya bererti pencalonan akan sendirinya tertolak.

C.    Syarat-syarat pencalonan :-

1.       Setiap calon mestilah terdiri daripada ahli tetap PMRAM yang telah matang tempoh keahliannya sekurang-kurangnya 6 bulan untuk jawatan Presiden, Badan Pengurus, dan AJKT HEWI PMRAM.
2.         Setiap pencadang dan penyokong mestilah dikalangan ahli PMRAM.
3.       Setiap pencalonan mestilah mengisi borang yang disediakan dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
4.       Setiap pencalonan mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh SPR PMRAM.
5.       AJK SPR PMRAM tidak boleh dicalonkan untuk bertanding.
6.  Setiap calon mestilah berada di Mesir semasa pencalonan dibuat kecuali dengan sebab-sebab yang munasabah dengan keizinan bertulis kepada Pengarah SPR PMRAM 2013.
7.       Borang pencalonan mestilah bercop rasmi PMRAM.
8.      Setiap pencalonan mestilah berserta dua keping gambar berukuran pasport dan satu salinan pasport dan visa terkini.
9.       Tarikh pencalonan adalah pada 17 hingga 19 Disember 2013.
10.     Tarikh tutup pencalonan adalah pada 19 Disember 2013.
11.     Pencalonan ditolak setelah tamat waktu yang telah ditetapkan.
12.     Setiap calon hanyalah dibenarkan bertanding untuk satu jawatan sahaja.
13.     Setiap calon hendaklah menjelaskan Yuran tahunan PMRAM bagi sesi 2013.
14.     Setiap borang pencalonan dijual dengan ketetapan berikut:-  
-     BORANG A   : LE 30.00
-     BORANG B  : LE 25.00
-     BORANG C  : LE 25.00
15.  Setiap individu hanya dibenarkan sekali sahaja menjadi pencadang dan penyokong untuk calon yang berlainan.
16.     Setiap calon, pencadang, dan penyokong hendaklah hadir ketika penyerahan borang.
17.     Sebarang permasalahan mestilah dirujuk kepada SPR PMRAM.

"BERSIH, TELUS,AMANAH "



Disediakan oleh :
Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013

This entry was posted on Wednesday 18 December 2013. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.