Pembukaan pencalonan

Pembukaan pencalonan

Archive for March 2014

KEPUTUSAN PILIHANRAYA PRESIDEN PMRAM 2014


Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013 telah mengadakan Pilihanraya Presiden PMRAM 2014 pada 19 & 20 Mac 2014 bertempat di Surau Asrama Rumah Terengganu Hayyu Asyir. Setelah selesai tempoh pengundian bagi pemilihan calon Presiden PMRAM 2014, dengan ini pihak SPR PMRAM 2013 mengumumkan keputusan Pilihanraya Presiden PMRAM 2014 seperti berikut :

Calon pertama  yang memegang Kod Calon 01 saudara Hanifulfuad bin Hussin memperolehi undian sebanyak 563 undian. Manakala calon kedua yang memegang Kod Calon 02 saudara Ahmad bin Ja'afar memperolehi undian sebanyak 323 undian.

Dengan ini Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013 mengumumkan pemenang bagi kerusi Presiden PMRAM 2014 dimenangi oleh saudara Hanifulfuad bin Hussin dengan majoriti sebanyak 240 undi. Sehubungan itu, pihak SPR PMRAM 2013 mengucapkan tahniah dan takziah kepada Presiden PMRAM 2014 kerana telah memenangi pilihanraya ini. Segala keputusan SPR PMRAM 2013 adalah muktamad. 

Sekian, terima kasih.


Subki bin Zakaria 
Pengarah SPR PMRAM 2013



"BERSIH, TELUS, AMANAH" 

Disediakan oleh :
SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2013

MAKLUMAN KIRAAN UNDI


Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2013 telah mengadakan Pilihanraya Presiden PMRAM 2014 pada 19 & 20 Mac 2014 bertempat di Surau Asrama Rumah Terengganu Hayyu Asyir. Setelah selesai tempoh pengundian bagi pemilihan calon Presiden PMRAM 2014, pihak SPR akan membuat kiraan undi dan pengisytiharan keputusan Pilihanraya Presiden PMRAM 2014.

Maklumat waktu kiraan dan pengisytiharan keputusan adalah seperti berikut :


Tarikh: 20 Mac 2014
Hari : Khamis
Masa : 5.00 petang (kiraan undi)
          : 6.00 petang (isytihar keputusan)
Tempat : Surau Asrama Darul Iman, Rumah Terengganu Hayyu Asyir.


Sehubungan itu, pihak SPR PMRAM 2013 dengan ini sukacitanya menjemput penyokong bagi kedua-dua calon ke majlis pengisytiharan keputusan Presiden PMRAM 2014.


"BERSIH, TELUS, AMANAH"

Disediakan oleh :
SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2013

HARI PERTAMA : PILIHANRAYA PRESIDEN PMRAM 2014














"BERSIH, TELUS, AMANAH"

DISEDIAKAN OLEH :
SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2013

PANDUAN HARI PENGUNDIAN




PANDUAN HARI PENGUNDIAN


-  Semak nama di kaunter pendaftaran
- Ambil kertas undi daripada pegawai SPR
- Pastikan kertas undi mempunyai cop rasmi PMRAM
- Sila tunggu giliran untuk membuang undi
- Mendapat keizinan pegawai SPR untuk ke meja undi
- Membuat tanda menggunakan pensel dan peralatan yang disediakan
- Tanda (X) pada kotak yang disediakan
- Mengundi satu calon sahaja
- Pastikan membuang undi kedalam peti undi sebelum keluar dari tempat mengundi
-  Undi adalah rahsia





Sebarang pertanyaan sila hubungi:- 

Pengarah SPR PMRAM 2013, saudara Subki bin Zakaria : +201122941495
Timb. Pengarah SPR PMRAM 2013, saudari Sahilah binti Md Isa : +20114-2367079




"BERSIH, TELUS, AMANAH"




Disediakan oleh,
Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR )
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )
2013

MAKLUMAN HARI PENGUNDIAN


Pihak SPR PMRAM 2013 pada kali ini telah menetapkan tarikh, masa dan tempat pengundian seperti berikut :




TARIKH     :19 MAC 2014  (AHLI KAHREAH SAHAJA)
                  : 20 MAC 2014 ( AHLI CAWANGAN SAHAJA)

TEMPAT   : SURAU ASRAMA DARUL IMAN, TERENGGANU
                  HAYYU ASYIR, MADINAH NASR, KAHERAH

MASA       : 9.30 PAGI SEHINGGA 4.30 PETANG





* Diminta kepada semua pengundi untuk membawa kad PMRAM.





Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:- 

Pengarah SPR PMRAM 2013, saudara Subki bin Zakaria : +201122941495
Timb. Pengarah SPR PMRAM 2013, saudari Sahilah binti Md Isa : +20114-2367079







"BERSIH, TELUS, AMANAH"




Disediakan oleh,
Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR )
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )
2013

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH




Pihak SPR PMRAM 2013 mengumumkan bahawa tarikh semakan daftar pemilih bermula pada 14 MAC 2014 sehingga 16 MAC 2014. Rujukan boleh  melalui unit pendaftaran BKAN / DPM.
Diharap seluruh ahli PMRAM menyemak status daftar pemilih agar tiada permasalahan berlaku semasa hari pengundian pada tersebut.


Sebarang permasalahan boleh merujuk kepada  :-


Pengarah SPR PM                     : saudara Subki bin Zakaria ( 011-22941495 )
Timb. Pengarah SPR PMRAM : saudari Sahilah Binti Md Isa ( 01113265921 )














"BERSIH, TELUS, AMANAH"

 DISEDIAKAN OLEH:
SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM 2013

PENGUMUMAN TARIKH BERKEMPEN DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN




Pihak SPR PMRAM 2013 mengumumkan bahawa tarikh kempen untuk Calon Presiden PMRAM 2014 bermula pada 8 MAC 2014 sehingga 17 MAC 2014. Berikut merupakan syarat-syarat berkempen.



Syarat-syarat kempen :- 

1. Tidak dibenarkan sama sekali :

i. Menggunakan sentimen kenegerian dalam kempen yang dijalankan. 
ii. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau poster. 
iii. Membeli undi dengan membuat apa-apa sogokan. 
iv. Menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan dikalangan mahasiswa dan mahasiswi. 
v. Menggunakan nama-nama pertubuhan, logo atau lambang parti politik di Mesir. 
vi. Menggunakan sebarang logo atau perkara yang melambangkan parti politik yang dikenali di 
Malaysia. 
vii. Menyentuh peribadi mana-mana calon yang bertanding 

2. Mestilah mematuhi sebarang ketetapan yang telah dan akan ditetapkan oleh pihak SPR PMRAM.

3. Kempen hanya dibenarkan selepas SPR mengumumkan calon yang akan bertanding.

4. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada calon yang melanggari syarat-syarat kempen yang telah 
ditetapkan tidak melebihi 3 kali kesalahan. Sekiranya melebihi 3 kali kesalahan pihak SPR berhak 
membatalkan pencalonan. 


5. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak SPR adalah muktamad. 










Disediakan oleh,
Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR )
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )
2013

PILIHANRAYA PRESIDEN PMRAM 2014





Pihak SPR PMRAM 2013 pada kali ini akan mengadakan hari pengundian bagi jawatan Presiden untuk memilih seorang sahaja Presiden PMRAM 2014. Maklumat rasmi bagi kempen dan hari pengundian akan dimaklumkan oleh SPR PMRAM 2013 dalam masa terdekat. 


Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:- 
Pengarah SPR PMRAM 2013, saudara Subki bin Zakaria : +201122941495
Timb. Pengarah SPR PMRAM 2013, saudari Sahilah binti Md Isa : +20114-2367079





Disediakan oleh,
Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR )
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )
2013